"Sky Suite Airport Lounge" Tarikan Baru KLIA Terminal 2

TRAVEL
March 21, 2023 - 04:14 PM


Jika anda bercuti atau travel menaiki kapal terbang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 -- ada ‘pit-stop’ sempurna untuk anda sebagai penumpang domestik atau antarabangsa beristirehat sebelum berlepas.

Mulai hari ini (21 Mac 2023) -- Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) membuka secara rasmi ruang menunggu eksklusif "Sky Suite Airport Lounge" di KLIA Terminal 2.

Sky Suite Airport Lounge yang terletak di aras tiga bersebelahan kawasan Pelepasan Domestik J & K itu turut menyediakan pelbagai kemudahan selesa buat penumpang menunggu di ruangan berkenaan.

Ia termasuklah kerusi urut, hidangan ringan percuma, club-style bar, Wi-Fi berkelajuan tinggi, saluran TV satelit, tandas peribadi dan surau serta bilik VIP yang boleh digunakan untuk mesyuarat peribadi.

Lounge tersebut juga sesuai untuk pengembara dengan jadual padat kerana terdapat ruang pengecasan gajet yang disediakan untuk mereka menyelesaikan kerja, sementara menunggu waktu penerbangan.

Lebih menarik, para penumpang juga mendapat akses ekspress laluan pemeriksaan Imigresen (APAC lane).

Sky Suite Airport Lounge tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Malaysia Airports, Tan Sri Zainun Ali.

Pembukaan Sky Suite Airport Lounge itu merupakan satu lagi peristiwa penting bagi Malaysia Airports sebagai menandakan pemulihan sektor penerbangan dan pelancongan di negara ini.

Sky Suite Airport Lounge itu beroperasi 24 jam untuk para pengembara.

Bagi mengetahui maklumat berhubung harga dan kemudahan yang disediakan, ia adalah seperti di bawah:

SKY SUITE AIRPORT LOUNGE SERVICES

Priority Lane Pass- Self Walk
RM 100.00+ per person
Priority lane pass or voucher to access the immigration fast lane (APAC lane)

Sky Suite Airport Lounge Service
RM 170.00+ per person
Lounge access for 3 hours usage complete with light refreshment, free flow beer and complimentary Wi-Fi

Airport Fast Track Service - Arrival
RM 170.00+ per person
Meet and greet from arrival gate, dedicated priority lane and baggage assistance

Airport Fast Track Service - Departure
RM 220.00+ per person
Meet and greet from curbside to departure gate, buggy service, immigration fast lane and baggage assistance

Airport Fast Track Service + Lounge - Departure
RM 270.00+ per person
Meet & greet from curbside to departure gate, buggy service, dedicated priority lane, baggage assistance and lounge access

 

Destination: