Teduhan Langat Retreat - Port Staycation Best Di Hulu Langat, Siap Ada Gelongsor Air Atas Bukit!

TRAVEL
September 19, 2022 - 02:58 PM


Hulu Langat merupakan sebuah daerah yang juga dikenali dengan ungkapan ‘desa di dalam kota’ kerana terdapat banyak perkampungan di daerah yang dihuni populasi penduduk yang ramai walaupun dikelilingi pembangunan pesat Kuala Lumpur.

Kalau korang nak tahu Hulu Langat adalah daerah kelima terbesar di Negeri Selangor yang kaya dengan persekitaran semula jadi dan juga destinasi menarik.

Malah disebabkan jaraknya yang berdekatan dengan ibu kota membuatkan Hulu Langat juga sering menjadi pilihan destinasi percutian untuk membawa keluarga dan anak-anak setiap kali tibanya hujung minggu atau musim cuti sekolah.

Tetapi korang tahu tak bahawa di Hulu Langat kini sedang popular dengan sebuah lokasi percutian menarik kerana selain penginapan di tengah-tengah alam semulajadi ianya juga dilengkapi dengan gelongsor air dari atas bukit yang pasti membuatkan anak-anak bakal teruja bermain di situ!

Lokasi percutian yang sedang viral di media sosial itu kini dinamakan "Teduhan @ Langat Retreat" yang terletak di Batu 20, Kampung Padang, Hulu Langat.

Teduhan juga merupakan port terbaik untuk mengadakan retreat bersama keluarga dalam suasana tenang dan damai.

Kawasan yang luas dalam kebun buah-buahan turut menawarkan pelbagai jenis penginapan untuk dipilih mengikut keperluan serta keselesaan masing-masing.

Ada jenis chalet, bilik eksekutif, villa dan glamping. Reka bentuk chalet juga sangat autentik dan estetik. Boleh pilih chalet dengan private pool atau bersebelahan sungai. Buka pintu terus mandi.

Kalau famili jenis adventure, korang juga boleh cuba untuk berkelah dan berkhemah di sini. Tapak perkhemahan dilengkapi kemudahan asas seperti tandas dan tempat BBQ.

Tetapi kalau korang tak nak berpeluh pacak khemah, jangan risau di Teduhan ini juga disediakan port untuk korang glamping. Sangat selesa dan best feel dia!

Walaupun dalam nature, macam-macam aktiviti boleh dilakukan di Teduhan ini.

Di sini turut disediakan kolam renang yang berkonsepkan taman tema, memang best main slides (gelongsor air) dan berendam. Boleh juga meronda dengan ATV, main zip line atau meniti di jambatan gantung yang rare di sini.

Kawasan ini sangat luas, boleh sangat nak berjalan 10,000 langkah seisi famili. Bukan itu sahaja, anda juga boleh ke spa & sauna, mini zoo dan ke kebun buah. Persis seperti di kampung!

TEDUHAN @ LANGAT RETREAT

ALAMAT: Lot 1491, Batu 20, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor.

NO TEL : 013-833 8245

WEBSITE: teduhanlangatretreat.blogspot.com

FACEBOOK: Teduhan Langat Retreat

Kredit Foto: Teduhan Langat Retreat, Atiqah Shukri & Aisyah Radin

 

Destination: