"The Bala's Holiday Chalet"- Hotel Ala Inggeris Di Cameron Highlands

TRAVEL
October 19, 2023 - 01:01 PM


Untuk mereka yang ingin merasai pengalaman tinggal di rumah ala-ala Inggeris, The Bala's Holiday Chatlet adalah tempatnya. Terletak di tengah-tengah kehijauan yang subur, bukit bukau dan pergunungan yang megah, hotel tersebut menawarkan percutian di sebuah rumah penginapan gaya Inggeris yang menggabungkan antara suasana zaman dahulu dan keselesaan kontemporari.

Terletak di salah satu hutan semula jadi Malaysia iaitu di Cameron Highlands, udara yang sejuk digabungkan dengan keindahan yang tidak tercemar di tengah-tengah persekitaran semula jadi menjadikannya destinasi percutian yang sempurna bagi mereka yang berminat dengan percutian tanah tinggi.

Yang menariknya tentang hotel ini adalah ia merupakan bekas sekolah British yang kemudian diubah suai bentuknya. Bilik-bilik di sini menggunakan gaya kotej yang telah diubah suai menghadap ke hutan dan taman yang indah di sekitarnya.

Selain itu, dekat sini ada banyak kemudahan yang disediakan. Antaranya adalah:

  • Kemudahan Wi-Fi percuma untuk setiap bilik
  • Bilik bacaan dan perpustakaan yang dilengkap dengan tempat unggun api
  • Kemudahan dobi
  • Perkhidmatan ulang-alik percuma ke/dari pekan Tanah Rata
  • Aktiviti rekreasi yang diatur oleh pihak hotel termasuk Lawatan Desa setiap hari, Lawatan Pengembaraan, Lawatan Ladang Teh, Lawatan Gunung Brinchang dan Jelajah Hutan Berpandu.
  • Restoran British India menyajikan kari lazat yang dimasak di rumah, masakan barat dan masakan tradisional Malaysia

Yang paling best dekat hotel ini adalah time breakfast. Tak macam hotel-hotel biasa, dekat sini breakfast akan dihidangkan satu persatu kepada setiap pengunjung. Rasa macam dihargai sangat.

Untuk yang suka ootd, korang jangan risau. Boleh dikatakan semua port dekat sini cantik. Hanya perlu buka phone and snap, settle! Confirm puas hati punya tengok gambar!

Ada 9 jenis bilik yang anda boleh pilih, nak pakej sekali dengan breakfast pun ada, taknak breakfast pun boleh. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web The Bala's Holiday Chalet.

Destination: