"Tiada Wakil Dari Disney" - Khabar Angin Disneyland Terbesar Asean Di Melaka Ternyata Salah

TRAVEL
November 17, 2022 - 01:00 PM


Baru-baru ini, rakyat Malaysia teruja dan gembiran tentang satu berita bahawa sebuah taman tema yang lebih besar dari Genting Highlands dilaporkan akan siap dibina di Melaka pada 2026 dan semalam muncul pula laporan mengatakan bahawa taman tema Disney akan dibina pada tahun 2027 di Jasin, Melaka.

Perkara tersebut diumumkan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) semalam, melibatkan beberapa syarikat termasuk Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank & Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF).

Pengumuman tersebut tidak dihadiri oleh wakil pihak Disney dan terbaharu, Heather Chen yang merupakan seorang wartawan CNN telah menghubungi pihak Disney dan memaklumkan bahawa tiada perancangan rasmi pembinaan taman tema Disney di Melaka sekaligus menjadikan ianya hanyalah spekulasi semata-mata.

Tambahnya, mungkin berlaku salah faham sehingga fakta laporan silap dimana Datuk Muhammad Jailani hanya mengatakan bahawa taman tema yang besar seperti Disneyland akan dibuka dan ia bukanlah satu perjanjian dengan jenama Disney seperti diwar-warkan.

Sumber: The Vocket

Destination: