Travel Ke Al Ula Dibenarkan, "Jangan Mendosakan Orang Hanya Sebab Dia Ke Al Ula"

TRAVEL
September 11, 2023 - 06:10 PM


Destinasi viral Arab Saudi yang dinamakan Al Ula kini mengundang pelbagai pendapat orang ramai. Ada yang kata haram tak boleh masuk, Kau kafir kalau ke sana dan macam-macam lagi.

Kali ini kami membawakan pandangan dari sudut salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Al Ula.

Menurut Wahida Shukeri mungkin ramai yang memang tak tahu Al Ula ni besar. Al Ula tempat orang tinggal bertahun tahun, ada sekolah, ada masjid, ada hospital, ada airport, ada pejabat kerajaan, ada semua lah. Kalau Al Ula haram untuk pergi dan di diami, mestilah takde orang di Al Ula tu, kan orang Arab Saudi kan semua Muslim.

Minggu ni banyak pulak tanya sis pasal Kota Al Ula yang dilaknat tu. Sebab mungkin sahabat2 tengok banyak saya kongsi saya ke Al Ula masa saya tinggal di Saudi dulu. Bulan Julai lepas sis ada ke sana juga sebelum balik. Pendek kata sebelum Al Ula develop, tengah develop sampai lah sekarang, totally developed and more to come di Al Ula.

*****

Bukan sis tak tahu tentang larangan ke Al Ula. Surely tahu, dah nama pun tempat yang dilarang sebagai orang Islam untuk ke sana. Tapi mungkin ramai yang memang tak tahu Al Ula ni besar. Al Ula tempat orang tinggal bertahun tahun, ada sekolah, ada masjid, ada hospital, ada airport, ada pejabat kerajaan, ada semua lah. Kalau Al Ula haram untuk pergi dan di diami, mestilah takde orang di Al Ula tu, kan orang Arab Saudi kan semua Muslim.

Yang tidak digalakkan untuk pergi adalah Madain Saleh (Hegra). Tempat ni dalam 30km around 20 minit dari Al Ula. Nak masuk Madain Saleh, kena ada permit. Dia bukan suka2 boleh lalu nampak tepi jalan. Jangan risau la sampai nak terbang kalau boleh tak nak lalu situ. Ada banyak lagi jalan lain yang tak perlu pun lalu situ.

Madain Saleh tu orang Arab Saudi tak sebut Madain Saleh. Orang dia akan sebut Sin City of Madain Saleh. Dan saya sendiri pun tak pernah pergi dan takde keinginan nak pergi Madain Saleh tu.

Sis pergi Al Ula lebih 20 kali dalam hidup. Cuti jer atau ada jer resort/chalet baru yang buka, sis memang akan menjadi orang pertama check in kat situ. Sis ni kategori most loyal visitors kat Al Ula.

Tapi bukan Madain Saleh. Jadi jangan lah nak mendosakan orang atau nak melaknat orang hanya sebab dia ke Al Ula. Al Ula tu, Rasulullah pun pernah solat kat situ. Hidup ni kena berilmu, rajin membaca, rajin bertanya. Asal baca tajuk jer, terus kita laknatkan orang. Last last kita dapat dosa free.

Berapa ramai kawan kawan dan student sis yang dari Al Ula dan kerja di Al Ula. Adakah mereka kena laknat tiap tiap hari?

Wallahualam.

***

Baca juga

"Al-Ula" : Lokasi Pelancongan 'Trending' Di Arab Saudi. Rupanya Umat Islam Dilarang Ke Sana Oleh Nabi. Kenapa?

Elak Dari Lawati Tempat Ini - 7 Tempat Yang Pernah Diazab Allah