Trip Bajet Dan Itinerari Ke Sabah Untuk Keluarga | Kota Kinabalu, Kundasang & Kota Belud

TRAVEL
August 04, 2023 - 12:01 AM


Itinerary ke Sabah (Kota Kinabalu - Kundasang - Kota Belud - Kota Kinabalu)

Alhamdulillah baru-baru ni diizinkan ALLAH SWT untuk trip to sabah bersama keluarga kecil kami. First time sebenarnya sampai ke negeri bawah bayu ni. Tengok view Gunung Kinabalu yang masyaAllah cantiknya.

Flight PEN-KK-PEN : RM200/person

Total 3 beranak : RM600, tapi disebabkan kesilapan bini silap eja nama laki. mohd to mohamad Firefly caj RM150 untuk baiki nama ye.. if kesalahan kurang dari 3 huruf dimaafkan, Untuk air asia free amend boleh pm thru whatapps BO.

(FYI Tic flight beli time promo bulan 9, sp untuk travel bulan 7 tahun depannya so ada masa la simpan duit )

Sewa Kereta dengan Kereta Sewa Kota Kinabalu - MJ Car Rental, 0145646104 / 0145686148 (sewa persona lipas: Rm450 / 4.5 hari)

Hotel:

Day 1 : Bayu Senja Lodge Kundasang : RM135.94 via Booking.com 4.5

View sangat cantik, kawasan bersih, bilik pun besar, sejadah, iron board, iron, kettle ada di setiap bilik. Untuk Bayu Lodge ni view bukan Gunung Kinabalu, dia view bukit bukau yang sangat cantik.

Day 2 : Nulu View Cabin : RM120 via Booking.com 4

Untuk view menang dekat sini. buka sliding door bilik memang terpampang Gunung Kinabalu depan mata.. Subhanallah view yang sangat indah. Cuma untuk ke sini jalan dia sangat-sangat selekoh dan untuk ke cabin perlu turun naik tangga dari parking, untuk yang bawa orang berumur susah sikit lah.

Day3 : Nahandang Melangkap Homestay & Campsite Kota Belud : RM130 via whatsapp 4.5

Yang ni view dia cantik sangaat ! ada sungai yang jernih berlatarbelakang Gunung Kinabalu. Tenang ! Laluan nak ke sini lalu beberapa jambatan Gantung, boleh nampak anak-anak kecil ke sekolah guna jambatan.

Day4 : Megah D'Aru Hotel Kota Kinabalu : RM112.75 3.5

Yang ni kami book untuk rest seketika sementara nak flight awal pagi. berbaloilah untuk rest mandi apa semua. Memang dekat sangat dengan Airport. Bak kata laki aku sapa yang suka flight scene hunter boleh book sini, Minta bilik menghadap landasan. Alhamdulillah kami dapat bilik tu so laki aku layan je flight turun kat situ sambil check radar flight.

 Buah Tangan dari Sabah

Untuk ole-ole sabah, kalau dah singgah Pekan Nabalu boleh beli siap-siap sebab harga di Pasar Filipina agak mahal berbanding Pekan Nabalu, cuma kalau pandai tawar menawar maybe boleh dapat sama je.

Day 1

-Flight 11.00 pagi bertolak dari Penang- Kota Kinabalu (Flight Asal : 7.00 pagi)

-Tiba di Kota Kinabalu jam 2 petang

-Bertolak ke kundasang 3 petang

-Rumah Terbalik (RM12/head - dewasa)

-Jambatan Gantung Taparuli

-Check In : Bayu Senja Lodge Kundasang

Day 2

-Sosodikon Hill (RM5/head-dewasa)

-Desa Dairy Farm (Booking Slot Online) 8 pagi - 11 pagi (RM5/head-dewasa)

-Culvert View (Open pukul 10 pagi - 2.30 petang) (RM12/head-dewasa)

-Anooh Cofee (Layan view sambil minum cofee)

-Arnab Village Ranau (RM12/head-dewasa)

-Pekan Ranau

-BW Bus Restorant (Makan sambil OOTD) (RM5/head) boleh claim balik dengan beli makanan dalam restaurant

-Check In : Nulu Cabin View

Day 3

-Port OOTD Jalan Mesilau

-Golf Club Mesilau (Sarapan Pagi)

-Pekan Nabalu

-Jambatan Gantung Lingkubang, Kota Belud

-Check in : Nahadang Homestay and Campsite

-Pekan Kota Belud

-Usukan Cove Lodge - Layan Sunset

-D'farah cafe - Dinner

Day 4

-Bertolak ke KK

-Pasar kraftangan (Pasar Filipina)

-Kokol Hill (kami skip)

-Pasar Malam

-Tanjung Aru

-Check In : Megah D'Áru Hotel Kota Kinabalu

Day 5

- Check out jam 3 pagi

- 5 pagi masuk gate pukul 6 pagi flight balik

Sepatutnya flight kami petang. Disebabkan Airasia reshedule flight kami maka 1 hari burn sepatutnya ada lagi tempat yang kami nak pergi. Disebabkan kekakangan masa maybe we need to repeat again for sabah! haha..

Dah pergi sana jangan lupa :

Bawa baju sejuk, sebab akan pakai bila tiba di Kundasang. Waktu malam sejuknya boleh cecah hingga ke 15-16 degree celcius!

Cari kepak ayam madu, kat area Kundasang memang famous dan sedap. (Kami suka Kepak Ayam Madu Restoran Selera Kundasang)

Ramai juga soalan jalan kundasang okey dak. Bagi pendapat aku plus dengan laki ku.

Lebih kurang macam selekoh dan permukaan jalan macam Gerik Perak suasana macam jalan ke Cameron Highland Pahang dan sedikit curam macam Gunung Jerai Kedah. Sapa biasa naik in sha ALLAH ok je.

Asal trip kami ni ada masuk cover kudat sekali. Tapi disebabkan flight yang berubah schedule pergi dan balik so kami terpaksa pendekkan perjalanan kami. Apa-apa pun enjoy and santai-santai ikut mood anak kecik.

Perkongsian : Nur Farahanie Sbd

Destination: