[VIDEO] 'Parking' Houseboat Bawah Air Terjun! Netizen Teruja Ada Aktiviti Best Sebegitu Di Tasik Kenyir
TRAVELTasik Kenyir merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di Terengganu.
Selain memancing dan meneroka hutan, bermalam di atas rumah bot atau 'houseboat' juga merupakan antara aktiviti yang boleh dilakukan di lokasi eko-pelancongan itu.
Di aplikasi TikTok, tular video keseronokan sebuah keluarga yang bercuti dan mandi air terjun hanya dari atas houseboat.
Video berkenaan telah yang meraih lebih 655,000 tontonan dan rata-rata netizen juga teruja ingin merasai pengalaman yang sama.
Paling menjadi perhatian -- tentunya gelagat seorang nenek berkain batik yang dilihat begitu seronok 'disirami' air terjun dari atas houseboat yang disewa ahli keluarganya.
@buyonghouseboat Bukan main seronok lagi makcik 😂 #buyonghouseboat#viralvideo #viraltiktok #visitbeautifulterengganu #kenyir #pilotair⛴ #foryoupage #viral #trendingsong #amazingterengganu ♬ Hanya Aku Yang Mencintaimu Guitar - Muaji N.A
Menurut laporan Mstar -- video tersebut adalah daripada Buyong Houseboat yang dinaiki mereka dan menurut pengusahanya bernama Sahbri Ismail yang dikenali sebagai Cikgu Sabri itu juga tidak menyangka video yang dimuat naik di TikTok mendapat tontonan yang begitu banyak daripada warganet.
"Saya tak sangka tontonan video ini mencanak naik dan mendapat sambutan yang begitu hangat oleh orang ramai, sebelum ini saya ada juga muat naik video mengenai houseboat di platform media sosial lain tetapi tidaklah mendapat sambutan hangat seperti ini.
"Memang sebelum ni ramai yang tahu tentang houseboat ni, tapi selepas video di TikTok ni tular,
"Alhamdulillah kami tak putus-putus terima panggilan daripada orang ramai bukan sahaja dari dalam negara malah pelancong luar negara juga turut bertanya.
"Saya amat gembira mengetahui perkara ini sekali gus membuatkan perkhidmatan sewa houseboat di Tasik Kenvir semakin popular dan dikenali ramai," katanya.
Bercerita lanjut mengenai aktiviti 'parking' houseboat sambil mandi air terjun -- Cikgu Sabri berkata apa yang ditawarkan kepada pengunjung itu bukanlah benda baharu tetapi mungkin ramai tidak tahu ia telah wujud sejak 2016 lagi.
"Sebenarnya, saya dah tawarkan perkhidmatan parking houseboat di bawah air terjun ini sejak dahulu lagi, cuma kini makin dikenali dan mendapat sambutan hangat.
"Apa yang pengunjung perlu tahu, ia tak dapat dilakukan sepanjang masa tetapi hanya boleh dilakukan sewaktu musim air surut sahaja.
"Selain aktiviti tersebut, ada juga aktiviti lain seperti memancing, lawatan ke taman herba, karaoke,
BBQ, sukaneka dan sebagainya," katanya.
Menurut Cikgu Sabri dia mempunyai banyak kenangan manis sepanjang mengusahakan houseboat di
Tasik Kenyir ini sekali gus membuatkan dia lebih bersemangat untuk memajukan perkhidmatan ini.
"Antara kenangan manis, saya berjaya ubah houseboat biasa menjadi lebih selesa dengan pelbagai
kemudahan. Pada awalnya kebanyakan houseboat tak cukup lengkap dan kurang selesa untuk para
pelancong.
"Alhamdulillah, dari dulu hingga kini tak ada lagi perkara-perkara buruk yang terjadi semasa saya
menguruskan houseboat ini, kami sentiasa dapat feedback positif daripada pengunjung," katanya
yang merupakan pesara guru vokasional.
Tambah Cikgu Sabri lagi, dia harus mengakui rata-rata pengunjung yang pertama kali mencuba percutian houseboat berasa takut terutamanya menjelang malam -- namun selepas bercuti selama tiga hari, dua malam, segalanya berubah dan mereka ingin datang lagi.
"Pelancong tak perlu takut atau risau untuk bercuti atas houseboat kerana sepanjang percutian
mereka akan ditemani bebeerapa kru yang amat berpengalaman. Houseboat juga dikelilingi pagar"
ujar pengusaha yang berasal dari Kampung Paloh Kuala Terengganu tersebut.
Houseboat di Tasik Kenyir merupakan bot bersaiz besar yang dilengkapi kemudahan lengkap termasuk katil, dapur, bilik air, peti sejuk, ruangan menonton televisyen, ruang tamu dan ruang rehat yang pasti membuatkan para pengunjung berasa lebih selesa seperti berada di rumah sendiri.
Kebanyakan houseboat mempunyai banyak bilik tidur sesuai untuk percutian seisi keluarga atau berkumpulan.
Terdapat pakej yang bermula dengan harga RM3,000 untuk 2 hari 1 malam dan RM5,500 untuk percutian selama 3 hari 2 malam serta boleh memuatkan sehingga 25 orang minimum bagi sebuah houseboat.
Sumber: Mstar