[VIDEO] Teringin Nak Rasa Tido Dalam Penjara? Hotel Di Johor Ni Ada Bilik Macam-Macam Tema Unik!

TRAVEL
October 05, 2022 - 12:52 PM


Pasti ramai antara kita yang tertanya-tanya atau sering membayangkan agaknya bagaimana keadaan banduan tidur di dalam penjara disebabkan hukuman jenayah yang dilakukan mereka?

Jika anda ingin merasai pengalaman berkenaan, anda boleh menginap di sebuah hotel ini yang dinamakan HOTEL IMPI YAN Desaru, di Kota Tinggi, Johor kerana di sana menyediakan bilik penginapan yang bertemakan penjara.

Apa yang menarik bilik yang bertema penjara itu turut dihiasi dengan tirai besi, baju tahanan berwarna oren untuk memberikan pengalaman sebenar kepada pengunjungnya.

BILIK HOTEL TEMA PENJARA 

@amirulfirdaus96 Membalas kepada @Itadori's Brother 9 #fyp ♬ bunyi asal - Ozy

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @amirulfirdaus96, menunjukkan keadaan di dalam bilik hotel yang mempunyai tema penjara hingga mengundang perhatian ramai.

Dalam video tersebut kelihatan mereka telah mendaftar masuk ke sebuah butik hotel bernama Hotel Impi Yan yang terletak di Kota Tinggi, Johor.

Menariknya adalah sebaik sahaja mendapat kunci bilik mereka terkejut apabila mendapat bilik yang berkonsepkan seperti dalam penjara.

BILIK DIHIASI BAK PENJARA SEBENAR 

@amirulfirdaus96 Membalas kepada @MayaAhmad 10 #fyp ♬ bunyi asal - Ozy

Kelihatan bilik itu turut dihiasi dengan tirai besi, dawai kawad berduri serta baju tahanan berwarna oren seolah-olah mereka seperti berada di dalam penjara sebenar.

Meskipun bertema penjara tetapi hotel ini masih mengutamakan keselesaan pengunjungnya apabila menyediakan penghawa dingin, dekorasi yang cantik serta tilam yang empuk.

ADA JUGA PELBAGAI TEMA UNIK LAIN 

@amirulfirdaus96 Membalas kepada @Nik Qayyim 12 #fyp ♬ bunyi asal - Ozy

Menurut seorang rakan Amirul yang bersama dengannya menginap di hotel berkenaan, dia memaklumkan hotel tersebut sebenarnya mempunyai banyak tema dan sangat kreatif.

Malah mereka turut mempunyai bilik bertemakan hutan, Jepun, hantu, sukan serta banyak lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut teruja dengan keunikan hotel tersebut dan menyatakan pasti ia akan membuatkan ramai lagi pelancong akan berkunjung apabila sudah tular di media sosial.

Destination: