25 Jalan Di Sekitar KL Ditutup Pada Ahad Sempena KL Standard Charted Marathon
TERKINIAcara marathon yang paling dinantikan oleh pelari di Malaysia iaitu KL Standard Charted International Marathon bakal kembali lagi buat tahun ke-10 dan akan berlangsung pada Ahad ini, 8 April 2018. ‘
Dijangkakan penyertaan tahun ini seramai 40,000 orang peserta dan jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup kerana digunakan sebagai laluan marathon ini.
Penutupan jalan-jalan ini akan dilakukan secara serentak sehingga jam 3 petang hari Ahad. Jadi, kalau korang ingin ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini, carilah alternatif lain ataupun gunakan pengangkutan awam.
Ini laluan larian sejauh 42km tersebut :
Jalan-Jalan Yang Terlibat Adalah :
- Jalan Raja (sekitar Dataran Merdeka)
- Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Ampang
- Jalan P.Ramlee
- Jalan Raja Chulan
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Tun Razak
- Lebuhraya AKLEH
- Lebuhraya DUKE
- Jalan Parlimen
- Jalan Damansara
- Lebuhraya Sultan Iskandar
- Jalan Kinabalu
- Jalan Sultan Hishamudin (berdekatan stesyen komuter Kuala Lumpur)
- Jalan Kuching (dari Selayang)
- Jalan Tuanku Abdul Halim
- Jalan Raja Muda Abdul Aziz (sekitar HKL)
- Jalan Raja Abdullah (sekitar Kampung Baru)
- Jalan Langgak Tunku
- Jalan Bukit Tunku
- Jalan Tunku
- Jalan Tun Ismail
- Jalan Dato Onn
- Jalan Sultan Sallehudin
Menurut Ketua Pesuruhjaya Polis Kuala Lumpur, para pelari dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan yang jauh daripada pusat bandar untuk mengelakkan kesesakan ataupun gunakan pengangkutan awam yang mula beroperasi seawal 2 pagi pada Ahad tersebut.
Kalau nak ikutkan senarai jalan, memang kebanyakan jalan utama terjejas Ahad ni, jadi kalau korang tak ada sebab yang kukuh nak masuk ke Kl, tak payah lah ke KL, pergi la lepak area lain.
=aj=