"2K Je Kena Denda?" - Karen Buat Onar & Hempas Telefon Pelajar Didenda

TERKINI
August 08, 2023 - 04:48 PM


Seorang wanita yang videonya tular dalam satu kekecohan di sebuah kolej swasta minggu lalu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan merosakkan telefon bimbit dan mencederakan seorang pelajar kolej wanita.

Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman denda itu selepas tertuduh Chew Soo Li, 51, mengaku bersalah terhadap kedua-dua yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama dua bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit Iphone X milik Jocelyn Foo Qai Yen, 20, sehingga menyebabkan kerugian RM25.

Kesalahan itu dilakukan tepi Jalan Sungai Long, Bandar Sungai Long di sini pukul 2 petang pada 3 Ogos lalu yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Destination: