
7 Pantang Larang Megan Markle Selepas Bergelar Duchess of Sussex
VIRALSabtu lalu, berlangsungnya majlis perkahwinan Duke of Sussex, Putera Harry dan permaisuri hatinya Meghan Markle.
Seperti yang diketahui umum, Meghan Markle bukanlah datang dari keluarga diraja, dan umum ketahui institusi diRaja ini mempunyai pelbagai peraturan dan protokol yang perlu diikuti.
Berikut merupakan senarai perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Megan Markle selepas bergelar Duchess Of Sussex selepas lafai ikrai ‘I Do’ dilakukan di Gereja St.George, Istana Windsor.
#1. Tiada Lagi Selfie
Baik bersama Putera Harry, berseorangan mahupun beramai-ramai. Tindakan mengambil selfie adalah dilarang sama sekali di Istana Windsor.
#2. Tiada Autograf
Sebagai seorang pelakon, Meghan sering memberikan tanda tangannya kepada peminat. Selepas ini, beliau tidak lagi dibenarkan berbuat demikian kerana dikhuatiri ada pihak yang menyalahgunakan atau meniru tandatangan kerabat diraja.
#3. Tidak Dibenarkan Mengundi
Kerabat diraja diminta untuk tidak mencampuri urusan berkaitan politik termasuklah memberikan pendapat terhadap mana-mana ahli politik. Mereka perlu sentiasa bersikap neutral.
#4. Tidak Mempamerkan Bahagian Kaki
Sebagai kerabat diraja, orang awam tidak akan melihat mereka tanpa sarung kaki rona kulit.
#5. Tidak Beradu Sebelum Permaisuri Beradu
Menurut Setiausaha sulit Permaisuri, Sir William Heseltine : “Pernah terjadi dimana kerabat diraja duduk disebuah bilik dan berbual hampir satu jam, namun tiada seorang yang berasa mereka boleh masuk beradu selagi Permaisuri belum meninggalkan bilik berkenaan.
“Akhirnya, mendiang Puteri Diana berasa letih dan meminta diri untuk masuk beradu namun perbuatan beliau itu dianggap tidak wajar”, tambah Sir William lagi.
#6. Tidak Boleh Berlakon
Karier Megan Markle sebagai seorang pelakon bakal berakhir kerana mengahwini kerabat diraja. Jika difikirkan logik, ia adalah untuk keselamatan dan menjaga kredibiliti dan prestij institusi diraja berkenaan.
#7. Bercuti Berseorangan
Dalam konteks ini, bukanlah bermaksud beliau tidak boleh kemana-mana tanpa Putera Harry tapi dari segi kawalan keselamatan. Meghan sebenarnya mula dilindungi oleh pegawai perlindungan diraja sebaik sahaja bertunang dan penjagaan ini berlaku untuk 24 jam.
Sumber : The List
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video