Seorang Wanita Berjaya Menjual Goodie Bag Perkahwinan Putera Harry Di E-Bay

TERKINI
May 24, 2018 - 03:53 PM


Cuba bayangkan, korang dapat sesuatu barang kenangan berprofil tinggi dan korang jual. Agak-agak berapalah harga yang orang sanggup tawarkan untuk dapatkannya?

Itu yang terjadi kepada seorang wanita yang tengah viral sebab berjaya menjual goodie bag majlis perkahwinan diraja antara Putera Harry dan Meghan Markle.

Menurut sumber, dalam goodie bag tersebut mempunyai pelbagai memorabilia yang katanya biasa je, Cuma apa yang membuatkannya ‘mahal’ adalah ia merupakan goodie bag daripada ‘Royal Wedding’.

Dengar cerita, dalam goodie bag tu ada coklat berbentuk koin, magnet peti sejuk, botol air keluaran Windsor Caster, aturcara majlis dan juga vocher potongan 20% untuk membeli ole-ole di kedai di istana Windsor.

 

Claire Oliver berjaya menjual beg berkenaan dengan harga lebih RM100 ribu! Ataupun lebih tepat lagi, dia berjaya mendapat £21,000.

Menurut Claire lagi, tindakannya untuk menjual goodie bag tersebut rupanya tidaklah menghairankan kerana di E-bay, terdapat sekurang-kurangnya 15 orang lagi yang mengiklankan goodie bag tersebut dan setakat ini, bidaan tertinggi diterima oleh salah seorang pengiklan adalah  £50,100 (RM266 Ribu).

Walaupun netizen mengatakan adalah tidak berbaloi untuk mengeluarkan duit sebanyak itu hanya untuk mendapatkan sesuatu yang ‘tidak berguna’, namun kepada seseorang yang mempunyai minat dan keinginan untuk mempunyai sesuatu yang berkaitan dengan istana Winsor, ia adalah sangat berbaloi.