"Abang Bomba Hensem Gini, Kita Pun Taknak Tinggal!" - Kucing Diselamatkan Dari Runtuhan, Enggan Berpisah
TERKINIBanyak insiden yang menyayat dan menyentuh hati di sebalik bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan juga Syria. Baru-baru ini, seekor kucing yang diselamatkan dari bawah runtuhan semasa operasi mencari dan menyelamat di Turkiye enggan meninggalkan petugas yang menyelamatkannya selama beberapa hari,
Turkish Rescuer and "Rescue" the Cat. This Turkish rescuer has a new best friend for life. He rescued this cat who was buried under the rubble of Monday's earthquake for 129 hours! He named her "Rescue", and promised to care for her forever if her owner's are not found. pic.twitter.com/puFSkfTJds
— Muhammad Najem (@muhammadnajem20) February 16, 2023
Kucing itu diselamatkan 129 jam selepas gempa bumi menggegarkan bandar Gaziantep. Ia tidak meninggalkan pasukan bomba terbabit dan sentiasa mengikuti ke mana sahaja mereka pergi.
Anggota bomba yang menyelamatkan kucing tersebut, Ali Cakas menamakannya sebagai Enkaz yang bermaksud runtuhan dalam bahasa Turkiye.
“Pada hari keempat gempa bumi, kami menyelamatkan seekor kucing baka Van dan ia diserah kepada pemiliknya.
“Keesokan harinya, kami menyelamatkan kucing ini. Kami menamakannya Enkaz kerana kami mengeluarkannya dari ‘neraka’.
“Ia mungkin kedengaran tidak masuk akal, tetapi kami mahu ia menjadi kenangan dengan cara ini,” kata Cakas.
Pasukan bomba itu berkongsi semua makanan dan minuman dengan Enkaz. Mereka mencari petunjuk untuk menemui pemiliknya tetapi kucing itu enggan pergi.
“Saya melihat kesedihan pada kucing ini. Saya membawa ia di sisi saya terutamanya sekiranya pemiliknya datang.
“Tetapi jika pemiliknya tidak ditemui, saya berfikir untuk membawanya bersama saya, ia akan menjadi kenangan,” jelas Cakas