"Kau Memang Terbaik Bang!" - Wartawan Tenangkan Kanak-Kanak Ketika Gempa Berjaya Dirakam!
TERKINISeorang wartawan sanggup bergadai nyawase dalam menjalankan tugas melaporkan keadaan dan kemusnahan akibat gempa bumi yang melanda Turkiye.
Wartawan tersebut bernama Yuksel Akalan, yang berkerja untuk salah satu media di Turki sedang melaporkan berita tentang usaha menyelamatkan mangsa sejurus gempa yang pertama melanda di sana pada hari Isnini, 6 Januari.
Berdasarkan video, penggambaran atau lintas langsung sedang berjalan di jalanan Malatya, Turkiye. Namun, terpaksa dihentikan dengan mengejut apabila gempa yang kedua melanda.
Akalan terus berlari ke bangunan yang roboh dan dikelilingi habuk, siren juga jelas berbunyi. Rupa-rupanya dia berlari ke arah satu keluarga. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang panik dan menangis. Akalan mendukung dan membawanya ke kawasan yang lebih selamat.
Sejurus selepas itu, Akalan kelihatan cuba menenangkan kanak-kanak itu. Setelah keadaan mulai terkawal, Akalan meneruskan sesi penggambarannya. Salut!