"Sanggup Berlari Temankan Bayi!" - Momen Para Petugas Hospital Turkiye Ketika Gempa Buat Netizen Sayu

TERKINI
February 15, 2023 - 12:00 PM


Gempa bumi dan gegaran susulan yang melanda Turkiye dan Syria telah mengorbankan lebih 37,000 nyawa setakat ini. Namun, pasukan penyelamat masih berusaha sepanjang malam untuk menyelamatkan mangsa yang mungkin masih bernyawa dan terperangkap di bawah runtuhan, lapan hari selepas gempa bumi terburuk melanda Turkiye.

@jaje_tujak Gempa Turki.. #gempaturki #pahlawangardadepan #fypシ ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio

Viral di platform Tiktok, satu video dikongsikan menunjukkan momen sebenar reaksi para petugas barisan hadapan ketika gempa bumi melanda. Berdasarkan video, gempa bumi itu berlaku dalam sekelip mata. Namun reaksi pantas para petugas hospital yang cuba menyelamatkan para pesakit buat netizen kagum.

Lebih menyayat hati apabila ada petugas yang memasuki unit rawatan rapi neonatal dan tidak berganjak memegang 'incubator' dan sanggup bergadai nyawa dan menemani bayi-bayi yang sedang menerima rawatan. Moga mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria tabah menghadapi dugaan dan dirahmati.

Destination: