Ada 7 Video Kurang Sopan Didakwa Seakan Noh Hujan, Punca Keretakan Rumah Tangga?
TERKINIRamai yang masih berteka-teki mengenai spekulasi kononnya hubungan suami isteri popular Noh Hujan dan Mizz Nina goyah selepas wanita itu ada berkongsi di media sosial beberapa kata-kata motivasi yang seolah-olah menceritakan masalah rumah tangga dihadapinya.
Sebelum ini pasangan bahagia itu tidak pernah mencetuskan sebarang masalah dan ramai beranggapan mereka baik-baik sahaja selepas keduanya dilihat gembira setelah mengambil seorang anak angkat bernama
Musa.
Namun tiada siapa menyangka apabila timbul pula dakwaan kononnya hubungan mereka mulai retak selepas tersebarnya foto dan video lucah yang dikatakan mirip seorang vokalis kumpulan popular yang dikaitkan dengan nama Noh Hujan.
TUJUH VIDEO
Memetik sumber sebuah laman socialtainment tempatan -- terdapat kira-kira 7 rakaman video lucah dalam simpanan seorang individu yang didakwa dirakam sendiri oleh selebriti terbabit yang merupakan vokalis sebuah kumpulan popular tanah air.
Selebriti yang sudah berumah tangga itu dikatakan melakukan aksi terkutuk termasuklah hubungan seks bersama seorang wanita yang juga bekerja dalam industri hiburan.
Difahamkan juga, penyanyi itu sering menghantar mesej dan video lucah kepada wanita terbabit.
VIDEO MENGANDUNGI SUARA NOH
Sementara itu, memetik pula laporan sebuah portal hiburan dan gaya hidup mendakwa terdapat rakaman video kurang sopan yang mengandungi suara menyamai Noh, namun ia tidak semestinya artis itu, mungkin juga orang lain.
Malah ketika ini juga sudah kecoh di laman sembang forum Internet yang mendakwa terdapat rakaman
perbualan seseorang kononnya bagi mengaitkan kecurangan Noh terhadap isterinya.
Gambaran kisah itu seakan-akan menguatkan lagi dakwaan bukan sahaja berlaku keretakan rumah
tangga mereka, namun dipercayai juga telah berakhir.
Bagaimanapun kedua-dua pasangan ini yang berkahwin pada 2 Julai 2011 masih mengunci mulut mengenai apa yang berlaku.
Semoga semuanya baik-baik saja untuk keduanya.