"Amboi Sedapnya Pukul Orang" - Viral Video Sekumpulan Lelaki Pukul Pemuda Dengan Kayu Besbol

TERKINI
October 05, 2023 - 05:14 PM


Viral satu video yang dimuatnaik di platform X yang agak mengejutkan pengguna media sosial. Berdasarkan klip video yang dimuatnaik, kelihatan sekumpulan lelaki sedang memukul seorang lelaki dengan pelbagai senjata seperti kayu besbol, paip getah dan bermacam lagi.

Insiden tersebut didakwa berlaku di suatu kawasan di Sarawak. Punca lelaki itu dipukul beramai-ramai dikatakan kerana telah memecah satu premis dan mencuri besi di premis tersebut. Mangsa telah membuat laporan polis demi membela nasib yang menimpanya.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa. Namun, netizen berpendapat biarpun lelaki itu didapati bersalah, dia tidak wajar dipukul oleh orang ramai sebegitu rupa. Ramai yang menegaskan mereka yang memukulnya juga wajar ditahan polis.

Destination: