Amerika Syarikat Senaraikan Malaysia Sebagai Negara Berstatus ‘K’

TERKINI
April 16, 2019 - 12:48 PM


Jangan sangka balasan ‘K’ pada pesanan WhatsApp sahaja yang menyakitkan hati kerana itulah yang terjadi kepada negara kita, Malaysia selepas tersenarai dalam negara berstatus ‘K’ yang bererti ada risiko penculikan untuk pelancong.

Pihak Berkuasa Mengawal Keadaan di Sabah

Kementerian Luar US walaubagaimanapun mengatakan ianya ditujukan untuk Sabah yang sebelum ini pernah ada kes penculikan untuk mendapatkan wang tebusan yang mensasarkan resort di pulau dan bot yang dipenuhi oleh pelancong.

Walaubagaimanapun, Wisma Putra mengadakan protes tentang status ‘K’ yang diberikan kepada Malaysia pada kemas kini bertarikh 9 April menerusi nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Amerika.

Sumber : Wisma Putra

Mengkritik tindakan Amerika tersebut, Wisma Putra telah memanggil duta Amerika di Malaysia untuk menjelaskan perkara dan status ‘K’ yang diletakkan pada Malaysia.  Status ‘K’ ini bermaksud negara yang ada risiko penculikan dan tebusan oleh penjahat.

Selain Malaysia, 35 negara lain yang berada dalam senarai yang sama termasuklah Filipina, Bangladesh, Syria, Iraq, Libya, Sudan dan lain-lain.

BACA : 8 Negara Paling Bahaya Untuk Dilawati Wanita

Nota Editor : Mungkin status ini sengaja dikeluarkan untuk elakkan pelancong dari US datang ke Malaysia. Harap kita nak keluar tiada masalah lah.

Destination: