Anak Kecil Sering Menangis, Rupanya Diganggu Jin Ummu Sibyan!
TERKINIViral di platform TikTok, satu video yang dikongsi oleh seorang ibu @najwatajudin berkongsi pengalaman di mana anaknya diganggu oleh satu entiti.
@najwatajudin ๐ป ummu sibyan #kisahseram #hantudimalaysia #kisahbenar #fyp #malaysia โฌ Creepy and simple horror background music(1070744) - howlingindicator
Jelas berdasarkan video yang mempunyai dua bahagian tersebut, ibu dan si anak berasa amat terganggu apabila satu jin yang diberi nama Ummu Sibyan masuk ke dalam rumah mereka.
Berdasarkan komen, ramai juga yang pernah mengalami pengalaman yang sama...
Siapa Ummu Sibyan?
Ummu Sibyan adalah kaum jin dari kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil. Jin ini sering menjadikan anak kecil sebagai sasaran gangguanya. Waktu Maghrib dikatakan adalah waktu untuknya mencari mangsa.
Ada yang menggambarkan Jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata 1 yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak.
Antara tandanya jika seorang bayi terkena gangguan Ummu Sibyan
1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang keatas/sudut tertentu)
2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong
3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali
4. Demam panas hanya setelah Asar sampai sebelum Subuh
Tanda-tanda Wanita Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan
1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar, yang mungkin berlangsung sampai tengah malam
2) Kusut fikiran
3) Sakit di bahagian tulang-tulang belakang
4) Mengigau ketika tidur
5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan
Cara Mengelak dari Gangguan Ummu Sibyan
1) Tutup pintu dan tingkap rumah waktu Maghrib
2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur diluar rumah pada waktu Maghrib (jemuran tak kering)
Cara Mengatasi Gangguan
1) Meniarapkan bayi/anak jangan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan Surah 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.
2) Halau dengan bahasa sendiri seperti "wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku".
Ummu Sibyan Menurut Hadith
HADITH tentang UMMU SIBYAN ini DAIF namun hadis larangan kanak-kanak berkeliaran pada waktu senja sahih kerana waktu syaitan berkeliaran.
Dari sahabat Jabir radhiallahuโanhu, bahwa Nabi Shallallahuโalaihi Wasallam bersabda:
( ุฅูุฐูุง ููุงูู ุฌูููุญู ุงูููููููู ุฃููู ุฃูู ูุณูููุชูู ู ููููููููุง ุตูุจูููุงููููู ู ุ ููุฅูููู ุงูุดููููุทูุงูู ููููุชูุดูุฑู ุญููููุฆูุฐู ุ ููุฅูุฐูุง ุฐูููุจู ุณูุงุนูุฉู ู ููู ุงูููููููู ููุฎูููููููู ู ุ ููุฃูุบููููููุง ุงููุฃูุจูููุงุจู ุ ููุงุฐูููุฑููุง ุงุณูู ู ุงูููููู ุ ููุฅูููู ุงูุดููููุทูุงูู ููุง ููููุชูุญู ุจูุงุจูุง ู ูุบูููููุง ุ ููุฃููููููุง ููุฑูุจูููู ู ููุงุฐูููุฑููุง ุงุณูู ู ุงูููููู ุ ููุฎูู ููุฑููุง ุขููููุชูููู ู ููุงุฐูููุฑููุง ุงุณูู ู ุงูููููู ูููููู ุฃููู ุชูุนูุฑูุถููุง ุนูููููููุง ุดูููุฆูุงุ ููุฃูุทูููุฆููุง ู ูุตูุงุจููุญูููู ู ) ุฑูุงู ุงูุจุฎุงุฑู (3280)
โJika malam datang menjelang, atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran. Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam, maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup. Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu kalianโ (HR. Bukhari 3280, Muslim 2012).
Tingkap dan pintu rumah perlu ditutup dan menyebut nama Allah dimalam hari dan tidak digalakkan dibuka jika tidak ada keperluan sebagai langkah berjaga-jaga dari kejadian yang tidak baik berlaku.
Dan jangan biarkan bekas-bekas makanan dan minuman tidak ditutup dan dianjurkan menyebut nama Allah ketika menutup bekas-bekas tersebut.
Ini semua dilakukan untuk mengelakkan gangguan syaitan. Wallahua'lam.
Sumber: Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith