
Anak Rosakkan Barangan Make Up Di Sephora, Salah Siapa Sebenarnya?
VIRALNama Sephora tidak perlu diperkenalkan lagi. Rangkaikan kedai kosmetik yang berasal dari Perancis ini dikenal ramai dengan rangkaian produk kecantikan berjenama dan berkualiti. Tidak kurang juga pelbagai jenis jenama besar dalam dunia kecantikan yang dijual oleh mereka termasuklah alat solek, pewangi, produk penjagaan kulit dan sebagainya.
Baru-baru ini heboh di media sosial dengan tersebarnya sekeping gambar di Facebook yang menunjukkan kerosakan teruk ‘tester’ eyeshadow yang berharga hampir 1300 USD ataupun hampir RM 5 ribu!
Kejadian yang dikatakan berlaku di Georgia ini dimuatnaik oleh makeup artist Brittney Nelson yang kebetulan ingin membeli belah di Sephora tersebut.
Mesej yang berbunyi “belilah alat solek anda tanpa kanak-kanak” yang di muatnaik beserta dua keping gambar itu mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen disana lagi-lagi peminat Sephora!
Tidak kurang juga yang mengutuk tindakan ibu yang membiarkan anaknya bermain dengan ‘tester’ itu. Namun ada juga yang menyebelahi ibu terbabit.
Setakat hari ini, posting tersebut telah mendapat lebih daripada 25 ribu share dan like serta 18 ribu komen yang bermacam.
Pendapat korang pulak macam mana? Siapa yang patut dipersalahkan?
Sumber : Insider |FB Extraordinary Life Makeup Artistry
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video