Apa Jadi Dekat Farid Kamil? Dah Ditahan Polis, Positif Dadah Pula…

VIRAL
January 12, 2018 - 06:33 AM


Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil ditahan selepas dikatakan mengamuk dan menyerang anggota polis dan orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung satu kes kemalangan.

“Ketika ditanya laporan apa yang hendak dibuat, Farid menunjukkan mesej Whatsapp bebunyi ‘300 artis hutang ah long’ sebelum menjadi berang dan bertindak menampar anggota bertugas.

Mohd. Zani mengesahkan yang Farid kini ditahan dan disiasan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana melakukan perkara yang tidak sepatutnya di balai serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan seseorang.

Tambah Mohd Zani, Farid Kamil dikatakan positif dadah jenis ganja selepas ujian saringan air kencing dibuat keatasnya selepas beliau ditahan. Farid Kamil akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada pagi ini untuk mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

 

 

Sumber : mStar

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video