[VIDEO] Farid Kamil Berpaling Tadah! Dulu Sokong Mahathir, Sekarang Geng Anwar. Siap Buat Video Tu!

TERKINI
October 18, 2022 - 05:31 PM


Pelakon dan pengarah Farid Kamil yang pernah menjadi penyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kini menjadi penyokong setia Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkongsi foto kunjungan Farid di pejabat beliau hari ini dengan kedua-dua mereka tersenyum mesra dan salaman erat.

Farid yang masih dalam rayuan di mahkamah berkaitan kes penggunaan ganja empat tahun lalu dalam beberapa hantaran di media sosial memaparkan sokongan terhadap Anwar.

Beliau turut memberikan lima sebab mengapa Anwar layak menjadi perdana menteri ke-10.

Dalam video tersebut Farid memberitahu bahawa Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan Terbaik dunia dan Asia dan imejnya sebagai pemimpin yang dikenali di peringkat antarabangsa.

Video itu ditamatkan dengan soalan: “Anda rasa siapakah yang layak jadi perdana menteri ke-10?”

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Sebuah lagi video dimuat naik oleh Farid lima hari lalu yang memaparkan wawancara Anwar berkenaan tindakannya menghalang rasuah ketika menjadi timbalan perdana menteri.

“Bagai mimpi datang menyapa, ‘biar buta satu mataku, asalkan terbuka mata hati rakyat’,” kata Farid pada hantaran itu.

“Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan,” tulis Farid, memetik ucapan yang sering dilaungkan Anwar dalam ceramahnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)

Sebelum PRU14 Farid memuat naik video yang mengumpulkan ucapan dan doa kepada Mahathir.

Video itu sempena ulang tahun kelahiran Mahathir yang ke-93.

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: