"Laa...Rupanya Gila Ke?" - Hafidz Roshdi Dihantar Ke Hospital Bahagia Lepas Tak Mengaku Tumbuk Isteri

TERKINI
March 13, 2023 - 11:47 AM


Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini (13 Mac) -- memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, Hafidz, 29 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini, pada 2 Mac lalu.

Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, membuat pengakuan tidak bersalah itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Hafidz didakwa menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pukul 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Prosiding pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, manakala Hafidz diwakili peguam bela, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Sumber: Berita Harian

Destination: