Lepas Isteri 'Perli' Suami Sendiri Kata Supercar Adalah Najis, Fatin Afeefa & Opai Saling Padam Gambar Di IG?

TERKINI
June 12, 2023 - 05:50 PM


Sebelum ini, tular video memaparkan suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih mesra dipanggil Opai yang didakwa memperlekehkan kereta jenis bukan supercar ketika sebuah acara pertunjukkan kereta baru-baru ini.

Video yang tular itu mendapat kecaman ramai pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan Opai.

Isteri Sendiri ‘Perli’ Opai

Bukan sahaja dikecam wargamaya, Opai juga turut diperli isterinya sendiri, Fatin yang turut memberikan pandangannya mengenai kenyataan yang dikeluarkan suaminya itu.

Menurut Fatin, ‘lelaki’ tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata sedemikian yang dilihat seakan merendahkan pengguna kereta yang lain.

Baru-baru ini ada satu video yang tular mengenai seorang lelaki ni yang hina orang bawa Honda, bawa kereta Mustang yang pada dia bukanlah sejenis ‘supercar’.

Bagi saya tak patutlah, memang sangat-sangat tak patut lebih-lebih lagu merendah-rendahkan orang.

Di akhir videonya itu, Fatin sempat berseloroh dengan mengatakan kesian kepada isteri dan anak kepada ‘lelaki’ berkenaan kerana bersikap sebegitu rupa.

Fatin & Opai Saling Padam Gambar Di IG?

Terbaru, Fatin menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya selepas dia bertindak meninggalkan hantaran video serta gambar yang memaparkan dirinya sahaja di Instagram (IG). Foto berdua berlatar belakangkan kereta McLaren berwarna hijau dan juga gambar di hari perkahwinan sudah ‘ghaib.’

Bukan itu sahaja, Opai dilihat hanya meninggalkan hantaran yang berkaitan dengan pelaburan saham.

Terdahulu, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang dikecam teruk oleh netizen selepas mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempersendakan mereka yang memakai kereta bukan jenis supercar.

Bukan itu sahaja, video yang tular itu juga mendapat perhatian Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman yang menasihatinya agar tidak bersikap sombong serta memandang rendah pada mana-mana pemilik kereta tanpa mengira jenis kenderaan.

Video Fatin ‘Perli’ Opai

@fatinafeefa8 Honda pekak, AMG, mustang semua najis dia cakap. Kita pun di najiskan nya. Takpe, geng honda send me a selfie with your Honda, fa nak belanja 100 box #leanbyfa ♬ original sound - 𝐑𝐚𝐩𝐃𝐮𝐥𝐮𝐁𝐚𝐫𝐮𝐊𝐚𝐦𝐮

Sumber: Oh Bulan

Destination: