"Saya Kesal Tak Menyimpan Masa Jadi Bini Dulu" - Bekas Isteri Hafidz Roshdi Bimbang Disaman 'Penyondol'

TERKINI
March 27, 2023 - 12:37 PM


Drama pergolakan rumah tangga antara pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri nampaknya memasuki episod baharu.

Mengejutkan, Shuhada membuat pendedahan bahawa dirinya telah dihantar surat saman dipercayai oleh ‘orang ketiga’.

Difahamkan, surat tuntutan itu berkaitan dengan hantaran yang pernah dibuat Shuhada melalui akaun Instagram miliknya.

Ketika membongkarkan kecurangan suaminya di media sosial, Shuhada turut ‘mengheret’ wanita tersebut di dalam permasalahan itu.

Bagai jatuh ditimpa tangga, Shuhada akui dirinya bimbang akan kos yang bakal ditanggung sekiranya perlu membayar ganti rugi.

“Dia menuntut daripada tulisan saya dalam Instagram pada 15 Februari 2023 berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak.

“Gementar juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dia tuntut,” katanya menerusi satu postingan di Instagram miliknya.

Kurang bersedia dari segi kewangan, Shuhada akui dirinya menyesal kerana tidak mempunyai simpanan ketika bergelar suri rumah.

Terdahulu, kes perbicaraan pasangan itu masih belum selesai berikutan Shuhada mendakwa suaminya pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali.

Hafidz juga sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana mendatangkan kecederaan kepada isterinya.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: