Kecoh Wanita Ini Dedah Dirinya Dihamilkan Artis Malaysia. Netizen Pula 'Petik' Nama Ismail Izzani. Betul Ke?
TERKINISeorang wanita mendakwa dia hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular tanah air.
Wanita terbabit tanpa mendedahkan nama artis itu menerusi TikTok turut mendakwa, dia dibiarkan 'terkontang-kanting' oleh artis terbabit.
"Saya sudah dihamilkan oleh satu artis Malaysia, kemudian dipaksa untuk gugurkan (kandungan). Dia meninggalkan saya dan tidak bertanggungjawab. Tolong saya," tulisnya.
Menurut wanita itu, dia cuba menghubungi ibu bapa artis itu, tetapi mendapat reaksi negatif apabila mereka juga enggan bertanggungjawab.
Tidak hanya itu, wanita itu turut memuat naik tangkap layar perbualan dalam WhatsApp di antara ibunya dengan ibu artis itu, namun dibalas dengan kata-kata yang dilihat seperti ingin melepaskan tangan.
Antaranya ialah ibu artis terbabit meminta ibu wanita itu berlapang dada walaupun anaknya didakwa hamilkan wanita itu.
Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen menyarankan wanita itu menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut haknya.
Namun, dia tidak dapat berbuat demikian berikutan kos guaman yang agak tinggi.
Difahamkan, artis lelaki terbabit sebelum ini kerap dipalit kontroversi, namun tidak pernah membuat penjelasan mengenainya.
Sementara itu, memetik sebuah blog hiburan tempatan melaporkan meskipun tidak menyebut nama mana-mana selebriti, namun rata-rata netizen memetik nama penyanyi serta pelakon, Ismail Izzani.
Blog berkenaan yang bersumberkan mStar Online, ibu kepada penyanyi itu iaitu Datin Suliza Salam berkata dia tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana bukan pertama kali anaknya difitnah.
“Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul,” katanya.
Bagaimanapun, mStar memaklumkan usaha mereka untuk mendapatkan penjelasan Ismail gagal apabila panggilan tidak berjawab.
Menerusi perkongsian di TikTok itu, wanita itu berkata dia sudah cuba menghubungi ibu bapa artis berkenaan namun tidak diendahkan serta enggan bertangunggjawab.
Sumber: Harian Metro & Roti Kaya