Asalnya Lelaki, Rikkie Valerie Kolle Menang Pertandingan Ratu Cantik Belanda

TERKINI
July 10, 2023 - 05:53 PM


Nampak gayanya, kita kena terima hakikat bahawa gerakan LGBTQ sudah mula diterima oleh masyarakat dunia. Makin hari-hari makin menakutkan. Mereka tidak pernah serik dan seringkali melupakan tindakan mereka yang menindas lebih-lebih lagi golongan wanita. 

Kalau sebelum ini, isu transgender yang bertanding dalam kategori sukan wanita kini mereka sudah mengambil takhta ratu cantik. Tidak mustahil, selepas ini tandas wanita bakal menjadi hak mereka.

Kini, model dan pelakon transgender, Rikkie Valerie Kolle menjadi peserta pertama dilahirkan lelaki yang memenangi pertandingan ratu cantik Miss Netherlands, Lapor portal berita RT semalam.

Pertandingan itu berlangsung kelmarin di Teater AFAS, Leusden. Kolle menewaskan sembilan peserta wanita untuk memenangi pertandingan tersebut pada tahun ini. Dia dinobatkan Miss Netherlands yang baharu, menggantikan pemenang tahun lalu, Ona Moody.

Peserta berusia 22 tahun itu akan mewakili Belanda pada pertandingan Miss Universe Ke-72 di El Salvador akhir tahun ini. Kolle juga muncul peserta transgender kedua mara ke pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa itu.

Dalam hantaran di laman Instagram, Kolle berkata:  “Lihatlah saya sekarang, berdiri di sini sebagai wanita transgender  yang kuat dan penuh keyakinan.

“Cinta adalah cinta. Jadilah seperti yang anda mahu dan jangan lupa, sentiasa raikan kebanggaan anda.”

Satu lagi hantaran Instagram menjelaskan bahawa dia melakukan pembedahan bagi memasuki pertandingan tersebut.

“Bagi saya, ia membawa kebahagiaan,” Kolle menyimpulkannya.

Pada 2012, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menarik balik larangan organisasi Miss Universe terhadap peserta transgender apabila beliau membeli pertandingan itu. 

Destination: