[VIDEO] Selamba Cop Orang Pergi Gim 'Sesuatu', Ustaz Ditarbiah Jangan Mudah Jatuh Hukum!

TERKINI
August 11, 2023 - 03:42 PM


Trend bersukan di gim menjadi gaya hidup masa kini memandangkan banyak kelengkapan sukan yang ditawarkan, selain tidak perlu berhujan panas apabila 'workout' kerana diadakan di dalam bangunan.

Ditambah pula dengan kesibukan masa kerja, ramai memilih gim kerana ada yang beroperasi pada waktu malam tanpa mengira hari cuti.

Namun disebabkan 'nila setitik, habis susu sebelanga' -- apabila ada pula pihak yang senang-senang mendakwa serta melabel mereka yang suka bersenam di gim ini adalah golongan homoseksual atau suka sesama jenis.

Alasan diberikan adalah kerana ketika bersenam selalunya yang mengangkat berat memerlukan bantuan dan perkara pertama mereka melihat ketika baring adalah bahagian hadapan lelaki.

Satu video dimuat naik oleh seorang individu yang bergelar ustaz menyoal para hadirin sama ada suami mereka berkunjung ke gim.

"Kalau suami pergi gim, tanya dia pergi dengan siapa."

"Orang gay ini dia minat sukan, dia minat gim. Dia minat kepada perkara-perkara yang kesihatan, kecantikan badan, ‘sado-sado’, main besi, kan?” katanya dalam video tersebut.

Tambahnya golongan suami yang berada di gim ini pasti akan dibantu oleh seseorang terutamanya ketika aktiviti angkat berat.

“Ini pengalaman sayalah, kalau pergi ke gim tu dia tak boleh main seorang diri..dia kena ada orang bantu kan. Kalau nak angkat (pemberat) tu, dia akan ada orang tolong pegang.

“Eh kalau suami pergi gim, tanya dia pergi dengan siapa. Kadang-kadang dekat sana dia mesti ada seseorang yang tolong pegang, tolong bantu, tolong bawa.

“Bayangkan suami kita baring-baring, dia tengah tolak tolak naik ke atas ada orang lelaki dari atas tolong pegang. Apa yang dia tengok?,” ujar individu tersebut.

@ustazfir Pengalaman saya di gym. #gay #learnontiktok #fypシ゚viral #tiktokguru #lgbt🌈 #pelangi🌈 #fyp #dakwahjakim ♬ epic(1095490) - planet I.D

Rata-rata warganet menasihati tuan empunya video untuk tidak senang melabel seksualiti seseorang hanya kerana mereka menjaga kesihatan.

“Gemuk salah, pergi gim salah. Aku pergi gim bertahun tak ada orang tolong, buat sendiri. Jangan mudah buat kesimpulan, memang ada kes tapi tempat lain pun ada.

“Kalau salah jatuh fitnah sudah ni. Lagi parah ketika bercakap ramai yang percaya.

"Tak baiklah cakap macam itu, semua atas minat masing-masing. Tak mungkin semua orang kuat sukan dan jaga kesihatan tu gay, dia cuma jaga penampilan,” antara komen warganet.

Destination: