
“Betina S*al. Aku Sumpah Mak Kau Mampus!” - Pendakwah Da'i Dengan 'Cincin Biru' Kantoi Curang, Pukul & Maki Kekasih!
TERKINIKemuliaan bulan Ramadan yang baharu masuk minggu kedua dicalarkan dengan isu kontroversi melibatkan seorang pendakwah dan peserta program realiti agama Da'i apabila didakwa seorang wanita mendedahkan kekasihnya yang bergelar 'Ustaz' itu sebenarnya adalah narsistik.
Ketika ini, banyak video viral yang dimuat naik wanita berkenaan di media sosialnya menunjukkan pendakwah dengan #UFD itu mengeluarkan kata-kata kesat serta makian terhadap kekasihnya.
Menurut wanita tersebut, pendakwah berkenaan bertindak melontarkan kata-kata kesat itu kerana kantoi berlaku curang terhadap teman wanita lapor BeautifulNara.
Malah Da’i tersebut menyuruh skandalnya untuk tidak memuat naik apa-apa mengenai dirinya mungkin kerana bimbang imej sebagai agamawan tercalar.
Bukan saja memaki hamun wanita tersebut, malah Da’i berkenaan mendoakan agar ibu bapa kekasihnya itu meninggal.
“Kau saja ke nak buka aib aku? Padam baliklah. Sial lah betina macam kau ni p*kimak. Aku sumpah mak kau mampus, bapak kau mampus!,” audio dalam video tersebut.
Watch on TikTok
Tidak mahu disalah faham. wanita itu tampil menyatakan pendedahan tersebut bukan untuk memfitnah atau menjatuhkan imej mana-mana pihak tetapi hanya sekadar pengajaran buat orang lain.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ada beberapa bayangan atau 'hint' yang mendedahkan identiti sebenar pendakwah yang dimaksudkan iaitu Da'i Mohd Fasyar Durran.
'Hint' berkenaan dikuatkan lagi dengan persamaan imej sebentuk cincin berwarna biru yang dipakai pendakwah itu dalam video yang dimuat naik kekasihnya ketika mereka keluar bersama dengan video ceramah lama Ustaz berkenaan di Facebook.
Sumber: Malaysia Dateline