Baju Terlalu Seksi, Penumpang Diusir Keluar Dari Pesawat 

VIRAL
July 01, 2019 - 05:51 PM


Seorang penumpang wanita dari United Kingdom yang berpakaian menjolok mata telah diusir keluar dari menaiki pesawat syarikat penerbangan tambang murah British, EasyJet.

Tindakan mengeluarkan wanita yang dikenali sebagai Harriet Osborne, 31 tahun itu dilakukan oleh pramugari EasyJet selepas ibu beranak dua tersebut mengenakan baju transparent berwarna hitam yang mendedahkan sebahagian besar bahagian dadanya.

Pihak EasyJet memaklumkan wanita berkenaan terpaksa dikeluarkan selepas ramai penumpang lain mengadu kepada krew kabin bahawa mereka berasa terganggu dan kurang senang dengan cara pemakaian Osborne yang terlalu seksi hingga menampakkan hampir keseluruhan payudaranya.

Menurut laporan mirror.co.uk semalam, biarpun Osborne dikatakan telah keluar dari pesawat dan memakai baju luar bagi menutupi tubuhnya, namun dia dikatakan masih juga dilarang untuk menaiki penerbangan tersebut selepas didakwa turut bertindak mengasari salah seorang anak kapal.

Apabila ditanya mengapa dia berpakaian sedemikian rupa, Osborne menjelaskan dia berpakaian seksi kerana dirinya sedang dalam mood melancong dan bercuti serta secara spontan memilih pakaian berkenaan.

Setelah diusir, Osborne dan temannya terpaksa bermalam di Lapangan Terbang Malaga, Sepanyol dan hanya berlepas ke UK pada keesokan harinya.

 

P/S: Moral of the story, walaupun tengah syok bercuti atau melancong sakan, janganlah kita melakukan sesuatu yang keterlaluan. Bukan je orang lain rasa tak selesa, sudahnya kita sendiri juga dapat masalah! Dah rosak kenangan travel, kan...

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video