"Balenciaga, Sokong Pedo?" - Kempen Terbaru Balenciaga Dikecam, Ada Unsur Seksual Kanak-kanak

TERKINI
November 29, 2022 - 11:40 AM


Balenciaga antara nama besar dalam industri fesyen mewah di dunia. Sering membawa kelainan dalam koleksi mereka atas nama "seni". Namun, kempen terbaru mereka ternyata membuat ramai peminat dan netizen terjekut.

Kempen terbaru tersebut adalah untuk koleksi Spring/Summer 2023 yang diberi nama The Gift Shop. Gambar yang ditampilkan menerusi kempen tersebut ternyata memaparkan sisi gelap jenama mewah itu. Dua kanak-kanak perempuan dijadikan model sambil memegang anak patung beruang yang bertemakan seksual.

 

Netizen berpendapat, unsur BDSM pada gambar tersebut adalah sangat menjijikkan. Tak cukup dengan itu, beberapa aksesori s*ks diletakkan di atas meja berhadapan kanak-kanak tersebut. Kempen tersebut sempat dilancarkan. Namun, setelah menerima kecaman yang hebat, mereka menarik semula semua promosi.

Akibat menerima kritikan yang hebat, Balenciaga mengeluarkan kenyataan permohonon maaf di Instagram. Yang menjadi tanda tanya, ramai selebriti terkenal yang pernah atau masih menjadi duta untuk jenama tersebut tidak memberi sebarang komen.

Setelah beberapa hari kontroversi melanda, baru Kim Kardashian membuka mulut. Kim Kardashian berkata, dia sedang menilai semula penglibatannya bersama rumah fesyen mewah Balenciaga, selepas firma berkenaan meminta maaf kerana menampilkan iklan kanak-kanak memegang patung beruang memakai apa yang dikatakan oleh pengkritik-pengkritik sebagai ikatan seks.

Destination: