Bandar Okuma Yang Pernah Terjejas Disebabkan Bencana Nuklear Bakal Dibuka Semula

TERKINI
March 29, 2019 - 12:45 PM


Pelbagai usaha untuk membuang sisa toksik di Okuma, salah sebuah bandar di Jepun yang terjejas dengan bencana loji kimia di Fukushima pada 2011 ini. Difahamkan, kerajaan Jepun sedang berusaha untuk membangunkan dan membuka kembali bandar tersebut secara berperingkat bermula April 2019.

photo by Lars Nicolaysen | Getty Images

Fukushima Dai-ichi atau digelar No.1 merupakan Loji kimia yang menempatkan empat reactor nuclear dan gempa bumi dan tsunami pada 2011 telah menyebabkan 3 daripada empat reactor tersebut menyebabkan radiasi dan ada daripada cecair nuclear telah mencemari sebahagian lautan Pasifik di kawasan Okuma. Sejak itu, Okuma tidak boleh didiami lagi dan menjadi bandar tinggal.

Namun, sehingga hari ini kerajaan Jepun sedang giat melakukan kerja-kerja pembersihan dan sebagian dari kawasan di sana adalah selamat untuk dimasuki seawal 10 April nanti.

Menurut pakar nuclear merangkap direktor Projek Keselamatan Nuklear, Edwin Lyman, usaha membersihkan dan membuang permukaan yang tekesan sedang giat dilakukan. Ini termasuklah tanah, bangunan, lantai hutan dan ladang agrikultur.

Photo oleh Eric Lafforgue/Art in All of Us/Corbis | Getty Images
Keow Wee Loong / Barcroft Images / Barcroft Media | Getty Images

Pembukaan semula kawasan ini dijangka dapat menarik kunjungan pelancong dan sebahagian kawasan di wilayah Fukushima telah dipromosikan sebagai tempat tarikan pelancongan yang baru seperti surfing, berski dan kolam air panas yang mempersonakan.

Walaupun sebahagian besar kawasan tersebut akan ditutup kerana masih belum bebeas daripada radiasi nuclear, kerajaan Jepun menjangkakan 11% daripada bandar tersebut akan selamat untuk didiami menjelang 2022.

Nota Editor : Memang dapat pengalaman yang rare lah melawat bekas kawasan yang kena nuclear, tapi diingatkan ia bekas kawasan nuclear, jadi berjaga-jaga dan jangan nak bawak ‘perangai Malaysia’ sangat.

Feature Photo Credit | Profuturum 

Destination: