Bangkok Bertukar Jadi 'Kota Ular', Setiap 15 Minit Dapat Panggilan Tangkap Reptilia Itu!
TERKINIDisebabkan jarak geografi yang dekat dengan Malaysia, selain tarikan makanan dan lubuk membeli-belah yang menjadi kegilaan -- ramai rakyat Malaysia yang gemar memilih Bangkok sebagai destinasi percutian.
Namun tahukah korang bahawa ibu negara Thailand yang dihuni lebih 8 juta penduduk itu juga ketika ini semakin popular dengan kehadiran ular?
Ya, untuk rekod petugas talian kecemasan di negara itu menerima panggilan daripada orang awam untuk menangkap atau mengalihkan ular setiap 15 minit dalam sehari.
Jika ada yang beranggapan talian kecemasan lazimnya menerima permintaan untuk memadam api kebakaran, kemalangan atau bantuan kesihatan -- tanggapan itu berbeza di Bangkok yang berdepan masalah kehadiran ular yang semakin membimbangkan.
Baru-baru ini, penduduk di daerah Din Daeng heboh selepas kehadiran ular besar yang melingkar di sebatang pokok. Kejadian itu membuatkan penduduk dibelenggu ketakutan.
Percaya atau tidak, petugas yang mengendalikan panggilan kecemasan memberitahu mereka menerima kira-kira 200 panggilan meminta bantuan untuk mengalihkan tebuan dan biawak -- dengan sebahagian besar daripada jumlah panggilan berkaitan dengan penemuan ular.
Pasukan keselamatan yang datang memberi bantuan akan menangkap ular-ular itu dan meletakannya di dalam sebuah kandang sebelum dibawa ke Jabatan Hidupan Liar untuk dilepaskan ke hutan atau kawasan luar bandar.
Menurut laporan Thaiger, sebanyak 90 peratus kes ular sesat di Bangkok berjaya diselamatkan -- manakala sekitar 3,000 hingga 6,000 ular masih berkeliaran.
Zoo di Bangkok juga menganggarkan terdapat hampir 1,000 ekor ular di 50 daerah di Bangkok yang mencari tempat berlindung.
Difahamkann, peratusan jumlah ular yang berjaya ditangkap adalah 10 peratus spesies ular sawa manakala 90 peratus lagi spesies Boa.
Sumber: Astro Awani