Bapa Angkat Tak Mahu Isu 'Pakaian Menjolok Mata' Anaknya Dipolitikkan

TERKINI
June 28, 2023 - 03:22 PM


Beberapa hari kebelakangan ini isu seorang wanita yang didenda Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) kerana memakai seluar pendek hangat diperkatakan dan mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Wanita tersebut dilaporkan telah didenda di butik miliknya sendiri dan bapa angkat wanita terbabit tampil untuk bayarkan denda itu kerana enggan isu ini dipanjangkan lagi.

Memetik laporan Sin Chew, bapa angkatnya hadir ke pejabat MPKB BRI bersama Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kelantan, semalam. 

Bapa angkatnya yang dikenali sebagai Xu itu mengatakan ramai pihak yang cuba membantu termasuk ahli politik menghubunginya untuk tawar bantuan agar dapat mempertahankan hak mereka.

Xu menghargai tawaran tersebut namun dia mengambil keputusan untuk enggan dipanjangkan isu ini dan terus bayar saja denda yang hanya bernilai RM50.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan tidak ada niat untuk menimbulkan kekecohan kepada pihak kerajaan dan berharap agar setiap individu patut dilayan secara adil. Xu turut berkata bahawa ramai orang berbeza dari segi pemahaman tentang 'pakaian tidak sopan'.

Walaupun negeri pantai timur tersebut mempunyai peraturan mengenainya, beliau berharap pihak majlis perbandaran dapat menghasilkan garis panduan yang lebih jelas tentang seluar pendek dan definisi tidak sopan.

Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa isu yang terjadi ini tiada kaitan dengan isu perkauman mahupun politik dan berharap pihak tersebut tidak menjadikan isu ini dipolitikkan demi kepentingan sendiri.

"Saya tinggal di negeri yang majoritinya beragama Islam. Saya memahami kepentingan menghormati antara kaum dan budaya" ujar Xu.

Ramai pihak yang cuba ambil kesempatan isu ini dan dipolitikkan. Yelah, Pilihan Raya Negeri-kan dah nak dekat. Jadi, ada pihak tertentu yang mengambil isu ini untuk kepentingan politik dan menyebar keburukan sesebuah negeri.

Sumber berita dan gambar : Lobak Merah