Bapa R*gol Anak Tiri Usia 12 Tahun Selama Sebulan, Dihukum 15 Tahun Penjara & 10 Sebatan
TERKINISeorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol anak tirinya pada Ogos tahun lalu.
Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lius Jappa, 41, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh ladang didakwa merogol mangsa yang berusia 12 tahun, di sebuah rumah kongsi di Batu 17, Jalan Bukit Quoin dekat sini, kira-kira jam 8 pagi antara 1 hingga 30 Ogos, tahun lalu.
Fakta: Dia rogol anak tiri selama 30 hari setiap pagi sampai mengandung.
— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) October 3, 2022
Waktu dirogol, anak tirinya berusia 12 tahun, masih bersekolah.
Sekarang, anak tiri terpaksa jaga baby sebagai ibu tunggal tanpa suami dan anak tanpa ayah.
Weii…… https://t.co/PoWS2F5A2S
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang sepuluh tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan juga hukuman sebat jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam selain kesan trauma yang dialami mangsa.
Jelasnya, sebagai seorang bapa, tertuduh sewajarnya memberi perlindungan kepada mangsa tanpa mengira status sama ada anak kandung ataupun anak tiri, sebaliknya tertuduh bertindak merogol mangsa sehingga hamil tujuh bulan.
Sumber: Berita Harian