Bas Dua Alam Mula Dipandu Uji Di Sungai Terengganu

VIRAL
February 22, 2018 - 10:29 AM


Para pelancong dan rakyat Terengganu tidak lama lagi bakal mempunyai tarikan terbaru untuk dicuba iaitu pengalaman menaiki bas di dalam air.

Bas Amphicoach atau dua alam ini baru diterima oleh kerajaan negeri Terengganu dan telah mula dipandu uji di Sungai Terengganu. Kenderaan yang boleh beroperasi di darat dan air tersebut kelihatan menyusuri Sungai Terenggau pada sesi pandu ujinya pada Ahad lalu.

Menurut Pengurus Besar Ultimate Technology Ltd, Stephen Morrison berkata, sesi pandu uji terbabit dilakukan bagi bertujuan untuk mendapatkan lesen operasi daripada pihak berkuasa dan pada sesi terbabit, didapati semuanya berjalan dengan lancar.

Difahamkan Amphicoach ini akan dipertontonkan kepada umum pada Ekspo Terengganu 2018 yang bakal berlangsung, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, di Gong Badak mulai 25 Febuari hingga 3 Mac nanti.

Selain untuk tujuan perlancongan, difahamkan bahawa bas ini juga akan digunakan oleh kerajaan Terengganu untuk kegunaan ketika banjir.

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video