"Bayar 1K Bukan Untuk Hempuk Anak Aku!" - Ibu Bapa Berang Kepala Anak Ditolak Ke Lantai Oleh Pengasuh

TERKINI
September 05, 2023 - 05:33 PM


Sekarang ni memang musim dera kanak-kanak ke apa? Viral pula satu video ramakan CCTV yang memaparkan tindakan seorang guru menolak kepala seorang kanak-kanak perempuan ke lantai dengan penuh kekerasan.

Perkara itu disedari ibu mangsa selepas anaknya menangis tidak mahu ke sekolah seperti biasa. Ibu mangsa kemudian memohon untuk melihat rakaman CCTV pusat jagaan terbabit. Permintaan si ibu ditolak namun dibenarkan setelah memohon kepada HQ pusat asuhan tersebut.

Bapa mangsa sebelum itu telah mengambil anak di tadika dan staf bernama Athirah memaklumkan anaknya, Rania telah dilanggar olehnya ketika bermain.

Setelah didapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan kanan, ibu mangsa mendesak untuk melihat rakaman litar tertutup sebelum mendapati anaknya telah dihempuk ke lantai di bahagian muka serta dicubit oleh si pelaku.

Katanya dia terlanggar anak kami dan Rania terjatuh sedangkan dia yang tolak kepala anak aku!

Rania kini dilaporkan sedang dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan fizikal dan dalaman. Perkongsian tersebut telah mencetuskan rasa marah dalam kalangan netizen berharap tindakan selanjutnya dapat diambil ibu bapa dan pihak berkuasa.

 

Destination: