"Belanja Cincin 4k Dapat One Night Stand, Bangun Tidur Semua Hilang" - Pengakuan Wanita Diperdaya Lelaki Kaya
TERKINIEra teknologi ni memang banyak memudahkan urusan seharian kita. Serba serbi yang kita boleh selesaikan dengan hanya menggunakan aplikasi yang ada. Termasuk juga mencari jodoh.
Namun setiap kemudahan yang ada, mesti ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan. Ini yang berlaku terhadap seorang wanita. Biarpun pengakuan ini dinyatakan di sebalik akaun rahsia, wajar dijadikan pengajaran untuk kita semua.
Menerusi akaun @chairman_GLC di platform Twitter, jom kita ikuti pengalaman buruk yang menimpa wanita ini.
Dear anon. Gila babi scam dia ni. Semua dia dapat, tak keluar duit langsung. Cincin tu pulak dia recycle untuk next victim. Follow up la dengan IO yang siasat kes kau tu. Kalau perlu, upah peguam untuk bantu. pic.twitter.com/Y2Gm3DlLaD
— Abah (@chairman_GLC) September 12, 2022
Berdasarkan tweet tersebut, wanita itu berkenalan dengan seorang jejaka melalui satu dating app. Pada awalnya, ciri-ciri lelaki tersebut nampak sempurna. Setelah berkenalan selama 3 hari, wanita itu nekad untuk berjumpa buat kali pertama.
Pada pertemuan pertama itu, lelaki tersebut menghadiahkan beliau cincin emas berharga empat ribu. Terharu, wanita itu terus membalasnya dengan membelanja lelaki tersebut sepanjang "date" mereka dan dengan rela hati check in ke satu hotel.
Pada malam itu juga, mereka mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan. Namun, menjelang esok harinya lelaki tersebut menghilangkan diri bersama dengan cincin yang dihadiahkan dan telefon wanita tersebut.
Lebih memburukkan keadaan, wanita itu hamil 3 bulan. Beliau cuba untuk membuat laporan polis, namun setelah menceritakan apa yang terjadi, sukar untuk pihak polis membantunya.