Berita Baik! Ruang Solat Jumaat Di Rooftop KLIA Rasmi Dibuka, 10 Mei Ini

TERKINI
May 08, 2019 - 11:59 AM


Wah, ini betul-betul khabar gembira di bulan Ramadhan untuk para penumpang, kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan orang awam yang beragama Islam.

Ruang solat atau Musolla baharu yang terletak di ‘rooftop’ Blok B, KLIA bakal dibuka secara rasmi pada hari Jumaat ini iaitu 10 Mei 2019 untuk memberi peluang kepada jemaah bagi menunaikan solat Jumaat.

Dengan kemudahan baharu itu, pihak Malaysia Airports berharap ia dapat membantu memudahkan urusan umat Islam khususnya kakitangan lapangan terbang yang menghadapi kekangan masa, menunaikan solat Jumaat di bangunan terminal.

Sebelum ini, tular di media sosial yang mendakwa musolla baharu itu sedia digunakan bermula 5 April lepas, namun ia dinafikan oleh pihak Malaysia Airports kerana belum mendapat kelulusan daripada pihak Pejabat Agama Daerah Sepang.

Kini setelah diluluskan, pihak Malaysia Airports mengeluarkan notis pemberitahuan di laman Facebook rasmi mereka @MalaysiaAirportsOfficial mengenai operasi sepenuhnya musolla rooftop berkenaan.

Sejak Disember lalu juga, Malaysia Airports telah menyediakan 4 buah bas percuma iaitu dua di KLIA dan dua lagi di KLIA2 bagi kegunaan pengguna di terminal yang ingin menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.

Perkhidmatan bas ini bermula jam 12.30 tengahari sehingga 1 tengahari dan akan memulakan perjalanan sebaik penuh bergantung kepada waktu solat semasa.

P/S: Jadi lepas ni, tak ada alasan lagi untuk golongan 'travellers' tak sempat solat Jumaat ya! Hehehe...