
Bermula 2020, Sipadan Bakal Ditutup Setiap Kali Disember Untuk Pemulihan
VIRALSiapa yang tak kenal atau mengimpikan untuk bercuti ke Pulau Sipadan yang dianggap sebagai 'syurga laut Sabah'.
Bagaimanapun, pulau yang terkenal dengan keindahan hidupan marinnya itu akan ditutup untuk semua aktiviti laut sepanjang bulan Disember tahun depan.
Arahan itu dikeluarkan Taman-Taman Sabah atas permintaan kumpulan operator aktiviti menyelam sebagai langkah untuk memberi tempoh pemuliharaan terumbu karang dan persekitaran laut di pulau berkenaan.
Difahamkan juga tempoh pemuliharaan tersebut bakal dilaksanakan setiap kali menjelang bulan Disember pada tahun-tahun yang akan datang.
Bulan Disember dipilih kerana ia adalah musim paling kurang aktiviti menyelam.
Sementara itu, mengenai had semasa pelawat ke Pulau Sipadan, ketika ini jumlah maksimum yang dibenarkan adalah seramai 156 penyelam setiap hari.
Manakala bagi aktiviti snorkeling pula hanya dibenarkan dengan permit khas tidak melebihi 20 orang sehari.
Sumber: Harian Metro
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video