
Lapangan Terbang Lahad Datu Bakal Dinaik Taraf
VIRALPelancong yang berkunjung ke pantai timur Sabah akan lebih selesa apabila Lapangan Terbang Lahad Datu dinaik taraf tidak lama lagi.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) bagi membincangkan pembangunan lapangan terbang itu.
"Pada perbincangan itu, kami turut mengenal pasti kriteria baharu lapangan terbang bagi membolehkan kapal terbang bersaiz besar mendarat di lapangan terbang tersebut.
"Dengan pelan pembangunan pelancongan yang baharu di Lahad Datu yang sedang dirangka, kita mahu bukan sahaja pesawat ringan, malah pesawat jenis Boeing turut mendarat dan membawa pelancong ke kawasan pantai timur Sabah ini," lapor Bernama.
Bagi merancakkan aktiviti pelancongan di daerah tersebut, satu Pelan Pembangunan Pelancongan Lahad Datu juga bakal disiapkan secara komprehensif melibatkan tiga kawasan iaitu Lahad Datu, Kunak dan Tungku.
Diharap dengan 2 inisiatif terbaharu ini, Lahad Datu akan menjadi pilihan utama para pelancong dalam dan luar negara apabila bercuti ke Negeri Di Bawah Bayu itu.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video