Betapa "Indahnya" Pemandangan Selepas Perhimpunan RX-Z Members 4.0 di Terengganu, Masya Allah
TERKINIMungkin selepas ini boleh dijadikan tarikan pelancongan baru di negeri Terengganu. lihat betapa indanya alam ciptaan Tuhan dan dihiasi oleh dekorasi unik anak-anak tempatan. Rasanya boleh dibuat setiap tahun ni. Lepas perhimpunan boleh terus jadi tempat pelupusan sampah.
Pada hari Sabtu lalu seramai lebih 30,000 peserta hadir menyertai acara ‘RX-Z Member 4.0 2022′ di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, selepas hampir dua tahun tidak dapat dianjurkan ekoran pandemik COVID-19.
Kemeriahan acara itu berlangsung bagaimanapun diakhiri dengan ending yang tidak ingin dilihat oleh orang ramai — sampah berselerakan di merata-rata tempat sekitar lokasi acara tersebut berlangsung.
Dalam beberapa gambar yang dikongsikan oleh Bernama, kelihatan sampah-sarap seperti bekas plastik, botol air, tin, kertas dan tisu. Sampah-sarap itu dibiarkan berselerakan di atas lantai, tempat duduk pengunjung dan kawasan berumpur di tepi jalan.
Ramai yang berpendapat ini perkara biasa terjadi setiap kali mana-mana acara keramaian berlangsung, lebih-lebih lagi di kawasan outdoor, jadi pihak pengajur perlu membersihkannya selepas acara tamat.
Bagaimanapun, lebih ramai tidak bersetuju kerana sepatutnya pengunjung sendiri perlu ada kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan di tempat awam dan memudahkan para pekerja kebersihan membuat kerja-kerja mereka.
Ini merupakan kali ke-4 himpunan motosikal Yamaha RX-Z terbesar di Malaysia setelah kali pertama diadakan bermula tahun 2017 dan kali terakhir pada 2019.
Acara kali ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut menyatakan hasrat kerajaan mahu membina litar khusus bagi perlumbaan drag di setiap negeri dalam usaha memperkasakan program pembangunan sukan permotoran dalam negara.