Betul Ke Rakyat Malaysia Tak Perlu Visa Pergi Amerika? Ini Jawab Wisma Putra!

TERKINI
May 03, 2019 - 04:50 PM


Sebuah portal berita tersalah lapor apabila menyatakan Malaysia disenaraikan di bawah Program Pengecualian Visa atau Visa Waiver Programme (VWP) jika berkunjung ke Amerika Syarikat.

Menurut Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasminya www.kln.gov.my sehingga kini, tiada sebarang perubahan dalam status program itu bagi rakyat Malaysia.

Ia bermakna mana-mana rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke Amerika Syarikat masih perlu memohon visa seperti biasa.

 

Kenyataan itu juga menyebut maklumat yang salah itu terkandung dalam artikel bertajuk: ‘Amerika Masukkan Jamaica, 9 Lagi Negara ke dalam Program Pengecualian Visa' menerusi pautan berita news-ap.com.

Disebabkan itu, Kementerian menggesa supaya dihentikan segera penyebaran berita tersebut menerusi aplikasi WhatsApp atau sebarang saluran sosial atau komunikasi yang lain.

Sumber: Bernama