"Biadap!" - Pemuda Sengaja Pijak Hiasan Rangoli Bakal Ditahan Polis
TERKINISeperti sedia maklum, Malaysia terkenal dengan rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati.
Setiap perayaan utama bagi setiap bangsa disambut dengan cukup meriah tanpa mengira bangsa dan agama. Namun baru-baru ini, viral satu video di mana seorang lelaki merosakkan hiasan kolam Rangoli bersempena dengan sambutan Deepavali di sebuah hospital swasta di Klang
Pemuda tersebut dikecam hebat dan netizen berpendapat tindakannya sangat biadap dan boleh menjadi punca pergaduhan antara satu sama lain.
Tengok mentality Pukimak Ini pic.twitter.com/ZtEKw2xBlw
— INDRREN (@Vindhar1) October 30, 2022
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, lelaki terbabit yang dipercayai kakitangan hospital berkenaan akan dipanggil pada Isnin (hari ini).
Difahamkan, pada hari Sabtu sekitar jam 7.45 minit malam, pihak Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara telah mengesan video tular berdurasi 37 saat itu di laman TikTok. Dalam video berkenaan, jelas menunjukkan lelaki berkenaan tampil dengan persalinan baju Melayu serta berkasut dilihat sengaja berjalan di atas hiasan kolam berkenaan.
Vijaya berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana telah menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, perasaan benci atau niat jahat.
Dikesempatan itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya menjaga tingkah laku dan menghindari tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian negara.