Bina Penempatan Haram Di Perairan Phuket – Pasangan Bakal Dihukum Mati

TERKINI
April 22, 2019 - 10:53 AM


Seorang warga Amerika dan pasangannya berkemungkinan berdepan dengan hukuman mati selepas dituduh menganggu gugat kedaulatan negara Thailand apabila mereka membina sebuah rumah atau dipanggil ‘seasteading’ di perairan Thailand berhampiran Phuket.

Chad Elwartowski dan pasangan Nadia Supranee bakal dihadapkan ke mahkamah oleh pihak berkuasa Thailand selepas cuba untuk ‘membina’ rumah yang kononnya bebas cukai, dan bebeas undang-undang kerana berada di perairan antarabangsa. Namun, jika disabitkan kesalahan, kedua-duanya bakal berdepan hukuman mati kerana melanggar kedaulatan negara Thailand.

Walaubagaimanapun, kedua-duanya telah lari dan menyembunyikan diri di Thailand. Mereka ingin dibicarakan kerana menurut mereka ‘rumah’ yang mereka dirikan terletak di perairan antarabangsa dan tidak terikat dengan mana-mana undang-undang tetapi kerajaan Thailand mengatakan struktur binaan mereka masih berada di zon ekonomi eksklusif Thailand.

Menurut Ocean Builders, syarikat yang bertanggungjawab membina seastead milik pasangan berkenaan, kabin milik mereka didirikan 13 batu nautika dari Thailand dan ianya adalah perairan antarabangsa. Pihak Thailand yang cuba memainkan isu kedaulatan walhal ternyata ia diluar bidang kuasa mereka.

P/s : Diharapkan kes pertama melibatkan seasteading ini boleh diselesaikan secara diplomatik

Destination: