"Bodyguard Tu Usha Padat Jer!" - Netizen Terhibur Lelaki Selamba Pegang Janggut UAI Sambil Rakam

TERKINI
September 20, 2022 - 06:10 PM


Ustaz Azhar Idrus antara penceramah terkenal di Malaysia. Mana tidaknya, setiap ceramah yang diberikan mudah difahami, disampaikan dengan gaya santai dan menggunakan bahasa yang ringkas dan padat.

Dengar je ada sesi ceramah oleh UAI, confirm penuh la masjid. Ramai yang ternanti-nantikan ceramahnya. Penuh dengan informasi yang bermanfaat dan juga diselitkan lawak jenaka yang membuatkan penonton kurang rasa mengantuk.

Namun baru-baru ini viral satu video di platform TikTok memaparkan seorang lelaki bertindak di luar jangkaan. Memang netizen terkejut dan juga terhibur kerana...ha tengok video di bawah

@fyfadhaus Hahahahahah selamba dia je pegang janggut UAI😂 #UAI #taiping #fyp ♬ bunyi asal - FyfaDhaus

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fyfadhaus, kelihatan para jemaah yang menghadiri majlis ilmu di sebuah masjid sedang bersalaman dengan UAI. Pada masa yang sama, dia kemudiannya sempat memegang janggut UAI sebelum akhirnya berlalu pergi.

Tindakannya itu membuatkan pengawal peribadi UAI merenung tajam ke arahnya seakan-akan marah dengan tindakan lelaki tersebut. Nasib baik tak kena kejar, kalau tak jenuh...

 

Destination: