Bogel, Peluk dan Serang Kru Penerbangan! Lelaki Ini Akhirnya Ditahan...





Kekecohan berlaku di dalam pesawat tempatan yang dalam perjalanan ke Dhaka dari KLIA semalam apabila seorang lelaki warga Bangladesh bertindak untuk berbogel dan menyerang kru penerbangan.

Kejadian dikatakan berlaku ketika pesawat baru sahaja berlepas. Suspek kemudian dilaporkan memeluk dua kru penerbangan dan menyerang ketua pramugari yang cuba menenangkannya.

Lelaki yang merupakan penuntut universiti swasta tempatan kemudian dipakaikan pakaian semula oleh beberapa kru penerbangan dan dibantu oleh penumpang yang ada dalam penerbangan tersebut.

Wakil syarikat penerbangan ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut dan kru penerbangan bertindak dengan cemerlang dan mengambil tindakan mengikut prosedur operasi standard untuk menjamin keselamatan penumpang.


Credit |NST

Menurut laporan, lelaki berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa Bangladesh sejurus pesawat berkenaan mendarat di Dhaka.

 

Sumber : Hmetro

;