Bryan Adams Tampil Dengan Album Kompilasi Hit Terbaharu 'Ultimate'

TERKINI
November 14, 2017 - 12:23 PM


PENYANYI popular era 1990an dari Kanada, Bryan Adams tampil dengan album terbaharu berjudul "Ultimate".



Koleksi "Ultimate" mengandungi 21 lagu hit sebelum ini, termasuk "Summer of 69" dan "Everything I Do I Do It For You".

 

Lebih istimewa, "Ultimate" menampilkan dua lagu baharu "Ultimate Love" dan "Please Stay".



Bryan Adams dalam satu temu bual berkata hanya selepas "Ultimate" diterbitkan, beliau akan membuat persembahan live dalam jelajahnya di UK pada Mei tahun depan.