"Bukan Haram Ke?" - Umat Islam Sedunia Terkejut, Arab Saudi Sambut Halloween Besar-besaran

TERKINI
October 31, 2022 - 11:58 AM


Halloween merupakan salah satu tradisi yang paling tua di dunia. Ia berkait dengan hubungan yang hidup dan yang mati. Perayaan itu disambut pada 31 Oktober setiap tahun di pelbagai negara.

Sambutan Halloween sebelum ini diharamkan di Arab Saudi. Namun,  pada tahun ini Boulevard Riyadh City bertukar menjadi venue pesta kostum. Syarat untuk masuk cukup mudah, pelawat hanya perlu memakai pakaian yang menakutkan atau kostum dan masuk adalah percuma.

Arab Saudi menjadikan Boulevard Riyadh City sebagai tempat pesta Halloween adalah dengan satu tujuan iaitu untuk memeriahkan suasana di mana pelawat boleh datang dengan kostum yang penuh kreativiti mereka di samping menjadi acara keluarga.

HUKUM MENYAMBUT HALLOWEEN

Menerusi IRSYAD AL-FATWA KE-91, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa menyambut perayaan Halloween adalah HARAM di sisi Islam. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.

Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu,” Riwayat Abu Daud (4031).

Berdasarkan hadis di atas maka seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.

Sumber dan Kredit: thevocket.com

Destination: