Che Ta Dihentam Netizen Guna Anak Untuk Promosikan Produk Pemutih Kulit

TERKINI
February 07, 2018 - 12:04 PM


Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dikritik teruk oleh netizen gara-gara menggunakan anaknya untuk mempromosikan produk miliknya.

Rata-rata komen di ruang Instagram Che Ta mengutuk tindakan pelakon berkenaan kerana dikatakan menipu kerana anaknya Aaisya Dhia Rana sememangnya dilahirkan putih!

Kalau nak difikirkan, memang kebelakangan ni kecoh jugaklah berkenaan isu kanak-kanak dan bayi menggunakan supplemen. Memang kena hentamlah Che Ta lepas muat naik gambar Aaisya dengan kapsyen “siapa nak putih macam Aaisya?”.

Dalam banyak-banyak komen, ada juga dengan sinis memerli Che Ta berkata mengapa beliau tidak mengambil model ‘mat salleh’ sahaja untuk tunjukkan produknya benar-benar ‘ajaib’. Dan ada juga yang komen minta Che Ta pakaikan produk ini kepada anak lelakinya…

Apa yang difikirkan oleh Che Ta kita tak tahu tapi ada kemungkinan juga dia hanya gunakan Aaisyah sebagai perumpamaan untuk kulit yang putih sahaja. Namun, macam tak kena dengan bila anaknya digunakan untuk promosi produk untuk dewasa.

Apa kata anda?